Latar Belakang

Mengenai Kami

Pusat Islam Universiti pada mulanya dikenali dengan nama Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UnIPeN). UnIPeN telah diwujudkan sejak tahun 2007 dan bertanggungjawab terhadap aspek pengurusan dan pelaksanaan program berkaitan kerohanian bagi tujuan pembangunan nilai warga kampus khususnya dan masyarakat amnya.

Pada Januari 2015, UnIPeN telah ditukar nama kepada Bahagian Islam dan Pembangunan Nilai (BIPeN). Seiring dengan peranan dan keperluan bahagian ini dan juga perkembangan universiti, maka pada 1 Jun 2016 BIPeN telah dinaik taraf menjadi Pusat Islam Universiti.

Pusat Islam Universiti kini berperanan lebih meluas merangkumi aspek pemantapan rohani atau nilai warga kampus, penjanaan pendapatan dan orientasi kebajikan seperti pengurusan zakat (Amil Institusi) serta pengurusan wakaf.

About Us

Visi


Pemangkin kecemerlangan rohani dan pengukuhan nilai ke arah keharmonian sejagat.

Misi


Memperkasakan nilai jati dan sahsiah masyarakat melalui program pembangunan dan pemurnian rohani secara berterusan selaras dengan pembentukan modal insan berkualiti dalam konteks duniawi dan ukhrawi.

Objektif


1. Menguruskan pelaksanaan dan kemudahan beribadat dalam  kalangan warga kampus.

2. Menjalankan   aktiviti   kerohanian mencakupi aspek fardhu ain dan fardhu kifayah.

3. Menganjurkan program keagamaan dan hari kebasaran islam peringkat universiti.

4. Melaksanakan program pembangunan nilai dan memupuk persefahaman serta muhibbah dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.

5. Menjadi pusat perkhidmatan, rujukan dan nasihat berkaitan hal ehwal Islam.