Pusat Islam UMK menganjurkan program Infaq khusus kepada staf UMK secara potongan gaji bermula Mei 2017. Program ini merupakan platform untuk staf bersedekah secara konsisten setiap bulan dengan kadar minima RM3.00. Objektif program ini diwujudkan bertujuan untuk membantu kebajikan pelajar UMK yang kurang berkemampuan menikmati makanan secara percuma.

Dana Infaq ini akan disalurkan kepada pelajar melalui beberapa kaedah agihan iaitu;

            1) Kupon Makan

            2) Gerobok Makanan

            3) Jamuan Berbuka Puasa Sunat Isnin dan Khamis

            4) Iftar Ramadan

            5) Jamuan Bersahur.

Selain daripada membuat potongan gaji bulanan, sumbangan secara tunai juga boleh dilakukan di pejabat Pusat Islam atau dengan membuat penyaluran ke akaun “sedekah@umk”.

Staf dan masyarakat dialu-alukan untuk menyumbang untuk program ini memandangkan bilangan pelajar yang memerlukan semakin bertambah dari semasa ke semasa.