1. Perkhidmatan Berkualiti:
Kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada semua pelanggan dengan memastikan setiap urusan yang berkaitan dengan Pusat Islam diuruskan dengan telus, efisien dan efektif.
2. Pengurusan Zakat & Kebajikan:
Kami akan memastikan dana zakat dan sumbangan yang diterima diagihkan kepada penerima yang layak dalam tempoh yang telah ditetapkan.
3. Kerohanian dan Dakwah:
Kami akan menyediakan program kerohanian kepada staf dan pelajar yang dapat menyokong pembangunan rohani, emosi, dan intelektual.
4. Kebersihan dan Keselesaan:
Kami akan memastikan bahawa semua fasiliti di Pusat Islam sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif untuk aktiviti ibadah serta aktiviti-aktiviti lain.
5. Komunikasi yang Cekap dan Berkesan:
Kami akan memastikan komunikasi yang cekap dan berkesan terhadap pelanggan menjadi keutamaan kami.