Pusat Islam UMK dilantik sebagai Amil Zakat Harta oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 1 Mac 2017. Pusat Islam berperanan mengurus sumbangan zakat daripada agensi luar (zakat korporat), hal ehwal bayaran zakat staf, wa’ad zakat dan agihan zakat kepada asnaf.

Di antara perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Islam kepada staf UMK ialah:-

           1) Pengiraan zakat harta

           2) Menguruskan bayaran zakat secara tunai atau melalui potongan gaji bulanan

Bagi staf yang membuat bayaran zakat sebanyak RM1,000 dan ke atas dalam tempoh setahun, Pusat Islam akan membuat permohonan kepada MAIK untuk mengagihkan 25% zakat tersebut dengan persetujuan staf untuk diagihkan kepada pelajar dan staf kategori asnaf di UMK berbentuk bantuan bulanan dan secara one off.

Staf UMK, masyarakat dan sektor korporat dialu-alukan untuk membayar zakat harta atau menyumbang zakat korporat kepada Pusat Islam UMK bagi membantu asnaf di UMK terutamanya pelajar untuk kelangsungan hidup di kampus.